Friday, June 25, 2010

Wanita Yang Menyerupai Lelaki



Tidak dibenarkan seorang wanita menyerupai seorang lelaki atau pun sebaliknya seorang lelaki menyerupai seorang wanita. Penyerupaan tersebut dilarang samada dalam suara, bentuk tubuh, cara berjalan, gerak-geri, pakaian mahupun dalam hal-hal lain yang memang pada keduanya telah terdapat perbezaan.

Allah Taala telah menciptakan wanita dan lelaki. Bagi masing-masing diciptakan pula tabiat yang khusus sehingga mereka saling berbeza. Dengan perbezaan tersebut yang satu akan tertarik kepada yang lainnya. Dia dapat menenteramkan hati dan perasaannya kepada pasangannya. Dengan begitu kehidupan manusia akan berlanjut untuk memakmurkan dunia.

Namun sebaliknya penyerupaan antara yang satu dengan yang lain merupakan kenyataan yang melanggar normal kehidupan. Sekaligus sebagai penderhakaan terhadap fitrah wanita dan lelaki yang telah ditetapkan Allah kepada mereka. Lalu berkecamuklah di hadapan mereka faham-faham persamaan. Menghilanglah sendi-sendi perbezaan alami di antara kedua jenis tersebut. Masing-masing telah mulai kehilangan spesifikasi khas yang dimiliki dan yang membezakannya. Hingga mulailah terdapat kecenderungan wanita untuk bersifat ‘jantan’ (kelelakian) dan lelaki pula bersifat kewanitaan (pondan). Pernikahan akhirnya tidak dipentingkan kerana memperturutkan kemahuan sesama jenis.

Dengan begitu bermaharajalelalah homoseksual. Terjadilah perbuatan-perbuatan yang dapat menjauhkan rahmat Allah. Kehinaan mengambil tempat kemuliaan. Perbuatan seks dengan sesama jenis meminggirkan tempat-tempat pernikahan yang sesuai dengan syariah. Hal ini dapat disaksikan di Eropah. Mulai dari bercinta dengan sesama jenis hingga kepada penghambaan terhadap nafsu syahwat. Kebiasaan-kebiasaan buruk itu, kini mulai menyerang belia-belia Islam. Dimulai dengan mengikuti kebiasaan-kebiasaan aneh mahupun kegemaran-kegemaran yang tidak lazim, pemuda di dunia Islam mulai memanjangkan rambutnya, mencukur janggutnya, menghaluskan suara dan juga menyempitkan pakaiannya. Sedangkan gadisnya memendekkan rambut, merokok, bersuara lantang bagaikan lelaki. Semua itu dilakukan tanpa rasa malu yang dapat menghalangi perbuatan tersebut.

Rasulullah melarang seorang lelaki menyerupai wanita dan juga wanita yang menyerupai lelaki.


Dari Abu Hurairah r.a yang berkata:
“Rasulullah SAW melaknat lelaki yang memakai pakaian perempuan atau pun perempuan yang memakai pakaian lelaki.”

Dari Ibnu Abbas yang berkata:
“Rasulullah SAW melaknat lelaki yang menyerupai perempuan dan perempuan yang menyerupai lelaki.”

Al Hafiz Ibnu Hajr berkata:
“Menurut at Tabari, maknanya bahawa tidaklah dibolehkanlelaki menyerupai perempuan dalam pakaian atau pun perhiasan yang memang dikhususkan untuk perempuan. Demikian sebaliknya,dan demikian pula kiranya dalam berbicara dan berjalan. Ada pun dalam hal bentuk pakaian terdapat perbezaan pendapat berkenaan dengan perbezaan negeri. Akan tetapi perempuan dibezakan dengan berhijab dan menutupi dirinya (tubuhnya).”

Tentang penyerupaan dalam suara dan berjalan, hal ini dikhususkan kepada mereka yang memang sengaja melakukannya. Namun apabila penyerupaan tersebut memang dari asalnya (pembawaan lahir/semulajadi) dia hanya diperintahkan untuk meninggalkannya dan berusaha secara tekun dan beransur-ansur untuk merubatnya. Bila dia tidak berbuat seperti itu, lalu dia pun tetap dalam kebiasaan tersebut, maka dia akan mendapat celaan. Bila keadaannya seperti itu maka itulah dimaksudkan dengan lafaz (menyerupai). Sedangkan yang telah pasti seperti menurut An Nawawi: Seorang pondan semulajadi (pembawaan lahir) tidak akan dicela selama dia tidak mampu untuk meninggalkan sifatnya dalam berjalan, berbicara, setelah berubat dan usaha untuk memperbaikinya. Namun bila dia dapat merubah (pembawaan lahir) tersebut walau pun secara beransur-ansur sedangkan dia menolaknya, maka dia mendapat celaan.

Dari Ibnu Abbas r.a yang berkata:
“Rasulullah SAW melaknat lelaki yang bersifat keperempuanandan perempuan yang kelelakian. Sabdanya: “Keluarkanlah mereka dari rumah-rumahmu.”
Ibnu Abbas berkata: “Nabi SAW mengeluarkanseorang lelaki seperti itu dan Umar mengeluarkan perempuan yang seperti itu.”

Jika seorang perempuan mengenakan pakaian lelaki yang dibalik, berlubang dan tangannya yang sempit, bererti dia telah menyerupai lelaki. Maka dia akan mendapat laknat dari Allah. Demikian pula dengan suaminya atau ibupanya yang membiarkannya seperti itu atau pun redha kepada perbuatan isterinya atau anaknya serta tidak melarang dan mencegahnya padahal para suami atau ibubapa diperintahkan untuk memelihara isteri atau anak mereka agar teguh di dalam ketaatan kepada Allah. Hal ini adalah amanat dari firman Allah SWT menerusi firman-Nya yang bermaksud:

“Didiklah dan ajarlah mereka dan suruhlah mereka untuk mematuhi Allah lalu cegahlah mereka dari berbuat maksiat kepada Allah.”

(At-Tahrim: 6)

0 comments:

Post a Comment

 

Wanita Solehah Itu,Bidadari Syurga. Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template